Promotion!!

0

Info tentang Ori dan AP secara mendalam

Posted by Unknown on 16:31
Tips mengesan Ori dan AP Set

Kadang2 susah jugak kan kita nak cam phone ori atau AP..
Begitu juga @nonnymous..so mari kita sama2 pelajari dan ambil sedikit info yang ringkas dan padat ini bagi memudahkan pengguna tidak tertipu dengan penjual yang sggup gunakan keuntungan hasil dari penipuan.
JADILAH PENGGUNA "OUT OF THE BOX" (OFTB)
Bagaimana nak tahu yang diedarkan secara sah atau telefon jenis Authorised ini. Untuk nak tau sama ada telefon itu jenis edaran oleh pengedar sah ini;

Paling utama:
  • Lihat pada sticker belakang henfon, kalau tertulis selain dariapada syarikat2 yang sah yg disebutkan di atas, maka ia adalah AP atau Underwater. Stiker yang ORI biasanya tidak akan ditampal melindungi nombor siri telefon.
Kedua:
  • Lihat kad warranty, kad warranty daripada pengedar sah, akan tertera nama syarikat pengedar yang sah tersebut.
Ketiga:
  • No Siri telefon: IMEI di belakang battery henfon itu sama dengan nombor siri di kotak. Jika anda membeli yang ORI, pastikan anda dapat kotak yang ada Nombor Siri yang sama dengan henfon. Sekalipun di telefon anda tertulis ZITRON, jangan terima kotak yang nombor sirinya berbeza dengan di telefon anda.
Itulah sedikit sebanyak panduan yang mungkin sudah biasa bagi sesetengah orang tapi mungkin satu pengetahuan bagi sesetengah orang. Dengan penjelasan ini, diharap anda tidak tertipu lagi dengan istilah ORI yg selalu digunakan oleh penjual-penjual di kedai telefon bimbit. Sekurang-kurangnya kalau anda nak beli yang AP pun, anda tahu yang itu memang AP dan anda dah tahu yang mana yang ORI dan yang mana yang AP.

0 Comments

Post a Comment

Promotion!!

Copyright © 2009 Gadget World All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.