Promotion!!

0

Lenovo-Tips

Posted by Unknown on 08:18

Tips Elak Ditipu Para Peniaga

Oleh yang demikian, anda dengan sendirinya boleh mengesan set AP akan lebih murah berbanding set Original. Kalau anda ingin melakukan urus niaga, lebih baik anda soal penjual terbabit terlebih dahulu sebagai teknik untuk mengetahui keaslian telefon pintar terbabit. Dari itu, anda akan dapat tahu sama ada telefon pintar tersebut daripada set AP atau Original. Juga untuk mengelakkan anda ditipu.

Bagaimanakah untuk menyemak keasliannya?


1.    Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah, buka laman web rasmi pengesanan jaminan Lenovo di http://mobilesupport.lenovo.com/my/ms/warrantylookup
 
2.    Lihat telefon pintar anda untuk mendapatkan nombor IMEI. Cara untuk mendapatkan IMEI mudah sahaja, tekan *#06#. Nombor IMEI telefon pintar anda akan muncul pada skrin paparan. Bagi sesetengah kes, telefon pintar akan memberikan 2 nombor IMEI yang berbeza. Usah gusar, ia biasa jika telefon pintar anda memiliki kebolehan untuk bekerja dengan 2 kad SIM.
 
3.    Apabila telah memperoleh nombor IMEI, masukkan nombor tersebut dan juga lengkapkan tempat kosong lain (jika diminta memasukkan kod Captcha) pada laman web tersebut.
 
4.    Selanjutnya, klik pada Check Warranty / Submit. Anda akan mendapat pemberitahuan berkenaan tarikh jaminan tersebut bermula dan tamat. Selain itu, anda turut boleh memeriksa jenis jaminan, status dan sebagainya.

0 Comments

Post a Comment

Promotion!!

Copyright © 2009 Gadget World All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.