0
Roti Canai Special Dipagi Hari
Posted by Unknown
on
21:27
Kedai Mr Roti Canai,Putra Height ,Selangor
Nama yang diberi bersesuaian dengan menu special yang disajikan kepada para pelanggan yang datang dari pelbagai kawasan untuk merasai kenikmatan tepung yang diadun empuk lagi menyelerakan yang diberi nama "roti canai".Kepelbagaian menu yang disajikan khusus kepada pelanggan sama ada untuk makan pagi,tengah hari, atau makan malam,semuanya dihidangkan dengan begitu premium sekali.
Apabila berkata mengenai "Premium", sudah tentu harganya juga berpatutan dan layanan juga sugguh baik.Dilengkapi aircond,kipas dan pelbagai kemudahan kepada para pelanggan bagi memudahkan segala urusan yang dilakukan.Penggunaan sistem butang pesanan juga mempercepatkan pengambilan pesanan apabila pelanggan ingin membuat pesanan di meja makanan tersebut.
Kita dapat saksikan sendiri cara penyediaan makanan yang @nonymou$ dan rakan2 telah order.Berbeza bukan??
Untuk hidangan roti canai biasa, dilengkapi kuah dal dan sambal dan roti yang empuk lagi meyelerakan.Seperti gamba dibawah itu, dilengkapi sayuran seperti lobak merah,bawang,ayam dan dibalut dengan kepingan roti canai.Ia seperti makanan di Subway.Harganya cukup memuaskan dengan hidangan pagi yang menyelerakan.Kepada sesiapa yang ingin ke Subway dipagi hari,anda tidak perlu bimbang kerana, anda cuma pergi ke Mr Roti Canai untuk membeli makanan ini sahaja.
Review
Kesesuaian kawasan :7
Kebersihan : 9
Kelazatan : 8
Layanan : 8
Kemudahan : 9
Post a Comment