0
Resepi Macaroons Di Bulan Puasa
Posted by Unknown
on
01:51
Hari ni ita nak tunjukkan bagaimana nak buat macaroons. Rupanyer ramai
juga peminat macaroon kat luar sana... walaupun macaroon ni manis tapi
ada juga yg berkenan... sebenarnyer yg cakap ni pun sama... tapi mmg
betul walaupun macaroon ni manis tapi sedap tau! tak caya cuba buat...
sebab apa tau ia ada rasa almond tu yg seronok aje makan pulak bila kita
letak filling coklat... mmg feeling abis lah!
Bahan-bahan(+-24 set,48 keping):
- 2 biji (80gm) telur putih L size
- 60gm gula kastor
- 80gm almond powder
- 120gm gula aising
- sedikit esen vanila
Cara-cara:
kisar serbuk almond bg lebih halus sebelum diayak.
kurangkan suhu atau masa bakar..
- Ayak almond powder dengan gula aising.
- Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
- Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
- Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
- Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
- Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. ( Rasa mcm x terlebih bakarlah pulak haritu.. nak kena kurangkan suhu ataupun time tu lain kali ). Pastu sejukkan sebelum letak inti.
kisar serbuk almond bg lebih halus sebelum diayak.
kurangkan suhu atau masa bakar..
Post a Comment