0
Apakah itu Takaful?
Posted by Unknown
on
10:40
Keadaan bangsa Arab yang tinggal dalam bentuk kesukuan atau kabilah membolehkan amalan ini dilakukan. Sekiranya berlaku pergaduhan dan menyebabkan kematian satu pihak maka pihak yang membunuh akan dikehendaki membayar ganti rugi kepada keluarga orang yang terbunuh. Bayaran ganti rugi itu akan dikutip di kalangan ahli suku atau Kabilah si pembunuh. Ia merupakan satu bentuk jaminan yang wujud pada ketika itu.
Takaful yang wujud pada hari ini pula adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari) di mana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara’ iaitu terhindar daripada unsur Riba (bunga), Maisir (perjudian) dan Gharar (ketidakpastian).
Untuk tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, perniagaan Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru’ (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep “Mudharabah” dan “Wakalah”.Dalam kontrak Takaful ini, peserta bersetuju untuk saling menjamin antara mereka. Ia berasaskan kepada sifat persaudaraan, kasih sayang dan saling bantu membantu. Dikatakan demikian kerana sumbangan wang yang diberikan oleh peserta akan dikumpulkan dan wang tersebut digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang mengalami musibah atau kerugian.
http://takaful--2u.blogspot.com/p/perbezaan-antara-takaful-dan-insurans.html
Post a Comment