Promotion!!

0

Info tentang jenama handphone

Posted by Unknown on 22:24

Samsung,Iphone,Sony dan HTC

Disini,@nonymou$ ingin mengeluarkan pendapat mengenai setiap jenama smartphone ini bedasarkan pandangan dari rakan-rakan dan juga diri sendiri.Persoalannya,adakah mereka membeli smartphone bedasarkan jenama?spesifikasi?harga?kualiti atau design?Mari kita analysis satu demi satu jenama smartphone untuk memudahkan anda membuat pilihan yang bijak.



http://www.samsung.com/us/images/common/samsung-logo.jpg 
1)Samsung

Well3...korang mesti dah terbiasa kan dengan janama ini sebab korang selalu beli phone nie.Majoritilah kata Samsung nie best giler,cool,awesome dan banyak lagi lah tapi adakah korang percaya pada jenama ini ataupun harganya yang melampau lampau mahal.Korang sndiri boleh tengok perbezaan harga sekarang dan dulu.Samsung S6 pon dan nak dekat RM3000,perhhh..mmg budak2 sekolah tengok aja tau phone nie..So target Samsung mgkin bukan golongan muda tapi golongan atasan.Samsung ni sangat overated,tau la dah famous.Dulu harga dia okey je..tapi sekarang niee dah KERIK2 dah..and lagi satu,adakah Samsung ini senang "lack" berbnding phone lain??mungkin sesetegah production kot...yang lain maybe "OK".Tp the best phone yang patut beli kat Samsung nie adalah variasi NOTE.Phone ini memang cool.Harga dengan spec memang berbaloi.


http://tgfmobile.com/wp-content/uploads/2014/09/apple-iphone-6-logo-large.png 
2). Iphone

 Now pasal keunikan buah epal ini pulak.Seperti biasa,Iphone jugak seiring dengan Samsung kerana orang berlumba-lumba dan menginginkan phone yang begitu cantik,solid,nampak macam orang kaya kalo pakai iphone (fikiran budak-budak) dan rasa sangat selesa bila memakainya tapi itulah hakikatnya.Memang itu yang Iphone mahu tunjukkan kepada semua orang bila mereka mempunyainya.So dari sini kita dapat lihat Iphone untuk golongan atasan so bukan golongan bawahan yang berlagak bila pakai Iphone.Dah la pakai Iphone,main JAILBREAK..hahha..loser giler orang cam nie.Spec tuk Iphone nie tidak la sehabat mana pun,banyak lagi jenama lain yang canggih-canggih.Harga mahal bukan sebab spec tetapi sebab target market dan juga mengekalkan brand "Premium"sahaja.
http://talkingbiznews.com/wp-content/uploads/2014/12/Sony-logo.jpg 
3). Sony

Sony??dah lama jugak kan kita dengar pasal Sony nie sejak berabad lamanya...hahha..dengan kemunculan Sony Ericson dulu dan sekarang cuma Sony aja.Dulu Sony terkenal dengan muziknya yang sedap didengar tambahan pula dengan harga yang berpatutan.Bukan itu sahaja tetapi fugsi camera yang sungguh BEST membuatkan orang suka pakai Sony.Gamba yang cantik kalo guna camera Sony walaupun guna Sony yang murah.Memang terbaik.Kalo pakai yang mahal sikit,memang berbaloi beli daripada beli Iphone yang mahal giler.Dengan spec yang memuaskan,qualiti,tahan lasak dan kelemahan Sony nie dari sudut system OS (operating system),same ja sume phone tu yang boring.Yang lain sume best giler.Tapi kalo bajet bwah RM1000, lupakan impian anda.Sebabnya phone Sony yang best2 bnyaknya harga RM1000-2000 seperti variasi Z.


http://famouslogos.net/images/htc-logo.jpg
4).HTC

Jenama nie tak lah famous sangat macam jenama lain yang kat atas tu,tapi dengan jenama yang kurang menyerlah ini juga lah membuka minda kita untuk membuat pilihan yang lebih matang.Apa yang best pakai HTC nie.??design,harga,kualiti,muzik dan ketahanan adalah sangat memuaskan.HTC bukan sahaja mempunyai harga phone yang mahal,tetapi turut menyediakan phone dengan harga yang murah untuk para pelanggan.Oleh ini juga,HTC boleh sejajar dengan pesaing yang lain seperti OPPO,LENOVO,HUAWEI dan lain-lain lagi.Dengan persetujuan antara Beats Audio (syarikat muzik terkenal dunia), HTC akan lebih mantap berbanding yang lain.Dengan harga RM 600 boleh membeli dual simcard dengan spec phone yang tinggi.Dan top smartphone bagi HTC adalah variasi M7,8 dan 9.

0 Comments

Post a Comment

Promotion!!

Copyright © 2009 Gadget World All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.